Wednesday, November 26, 2008

Pameran di UUM.

Tuesday, November 25, 2008

Asuhan anak muda: Beban terpundak di atas bahu siapa?
Fahri Abdullah al-Masri
Tue | Nov 25, 08 | 12:30:16 pm MYT

Seringkali kita dengar lafaz kritikan bahawa penguasa ada kaitan yang rapat dengan gejala sosial yang dilakukan oleh generasi muda. Sejauhmana kita bersetuju dengan hal ini, kita boleh bincangkan kemudian. Ini debat yang cukup lama dan berpanjangan.
Iklan




Kalangan ibu bapa dan beberapa aktivis masyarakat sering menuding jari ke arah bentuk program tv khasnya yang banyak cenderung memutarkan filem, drama yang tak bermutu, sehingga, kata mereka, hal ini boleh merencatkan perkembangan akliah anak-anak.

Zaman berubah dan pada setiap zaman, ada kuasa yang mencengkam pemikiran generasi hari ini dengan menampilkan produk budaya terbaru. Mereka ini golongan kapitalis yang punya kuasa dan hubungan rapi dan rapat dengan pemerintah.

Kalau ditanya kembali kepada ibu bapa, nescaya mereka akan kembali memutar pendapat bahawa kerajaanlah yang sepatutnya bertanggungjawab kerana di tangan mereka ini telah tersedia segala macam program dan lapangan yang merosakkan anak-anak mereka.

Kalau kita sering menuding jari sebegini, maka jalan penyelesaian memanglah sulit untuk ditemukan. Tetapi, untuk rumusan awalnya boleh juga kita katakan begini. Iaitu, bebanan ibu bapa harus digalas 70 peratus, dan beban selebihnya lagi digalas penguasa iaitu dalam usaha menyemai benih muda untuk menuai masyarakat sejahtera esok hari.

Terkadang, kekangan itu datang daripada pemerintah sendiri. Misalnya hukuman merotan yang dianggap dapat mengekang masalah salah laku dibatalkan oleh kementerian. Terkini pula, Menteri Pelajaran Hishammuddin Tun Hussein melihat unsur-unsur tabiyyah seperti mengingati mati (Sajak Kematian) tidak boleh diteruskan.

Sudahlah bantuan tidak diberikan, malah unsur ke arah pemulihan akhlak pun tidak boleh dilaksanakan oleh sekolah tersebut. Sebenarnya, kita berdepan dengan pelbagai corak dan jenis salahlaku lagi dalam kalangan generasi muda hari ini.

Malam minggu, kunjungi Jalan Imbi, Bukit Bintang dan lihat skinhead dan anak remaja-remaja berpeleseran. Maka, pada bahu siapakah pula yang mahu kita galaskan perlakuan semua ini? Mana ibu bapa yang mahu bertanggungjawab ke atas perlakuan mereka?

Salah satu kes yang pernah saya alami ialah ketika membuat liputan pada malam ambang merdeka 31 Ogos lalu di KLCC. Seorang aktivis sosial, ustaz Masridzi mengeluh panjang apabila program mereka direncatkan oleh karenah agensi agama seperti Jawi.

"Kita nak jumpa anak-anak muda dan bawa mereka ke masjid, tapi orang-orang Jawi pula tak nak bagi kelulusan, sedangkan tahun lalu mereka beri kebenaran. Alasan tak bagi pula sebab tak mahu ganggu hak-hak peribadi orang ramai," demikian keluh beliau.

Jawi adalah sebangsa dengan penguasa kerana mereka adalah golongan yang sepatutnya turun ke lapangan untuk menarik minat anak-anak muda remaja kepada agama. Lalu, hal itu membenihkan kekecewaan mendalam ke atas aktivis sosial seperti ustaz Masrizi.

Lalu, tidak mustahil pula hal yang semacam itu menumbuhkan bibit sengketa yang tiada kesudahannya. Apabila tiada saling kerjasama antara penguatkuasa agama dan petugas-petugas sukarela yang cenderung membanteras gejala sosial, wilayah gelap ini berpotensi besar untuk mengembang ke daerah lain yang semakin parah dengan barah hitam ini.

Sekolah tempat latihan pengembangan spiritual
Sekolah sebagai institusi yang terawal selepas madrasah ibu bapa sepatutnya berkembang dengan lebih pesat dalam usaha mempelbagaikan kegiatan latihan kerohanian.

Dulu, sekitar 80-an saat kebangkitan semangat kesedaran Islam mula bangkit di universiti dan kampus, tenaga-tenaga pengajar kelahiran gedung ilmu ini telah mula merancakkan acara pengembangan rohani seperti khemah ibadat dan qiyamullail.

Semua ini amatlah besar faedahnya untuk pertumbuhan remaja. Tapi, seperti tidak pernah terdengar lagi sekarang ini, kehadiran acara-acara seumpama itu di sekolah-sekolah.

Kita tidak menolak bahawa sudah ada kegiatan seperti Kafa, J-Qaf dan sebagainya. Maka ditinjau daripada sudut ini ternyata memang jelas ada peuntukan daripada pihak kerajaan untuk membangunkan kesedaran hidup beragama dalam kalangan anak-anak remaja.

Tetapi, sekadar pengisian ilmu dan tidak mempraktikkan semua itu dalam bentuk khemah ibadat dan acara qiamullail, ternyata kesannya tidak seberapa. Menurut Imam al-Ghazali, ilmu tanpa amalan, namanya sia-sia. Amalan tanpa ilmu, itu namanya gila.

Peruntukan RM30,000 untuk latihan anak-anak muda
Di dalam perkembangan lain, saya tertarik dengan satu laporan yang menyebutkan Adun Seri Setia Nik Nazmi yang menyebutkan bahawa pihaknya mahu meluluskan peruntukan sebanyak RM30,000 untuk melaksanakan acara-acara Kafa.

Beliau mengumumkan hal itu dalam majlis penyampaian hadiah Kafa Nurul Yaqin, SS7, pada Majlis Hari Kecemerlangan Pelajar Sekolah Kafa Integrasi Anggur Al Amin dan Majlis Penyampaian Hadiah KAFA Integrasi Ar-Rahmah.

"Islam menitikberatkan pembangunan palajar secara menyeluruh baik dari segi akademik rohani, jasmani dan sakhsiah. Justeru guru-guru Kafa menjadi agen penting bagi mencapai matlamat tersebut," kata beliau.

Nik Nazmi ada menyebutkan tentang kepentingan sekolah-sekolah Kafa dalam mendidik anak-anak melalui pendekatan dengan mengambilkira cabaran hari ini.

Malah, beliau juga menyeru ibu bapa bersama-sama pimpinan masyarakat, jemaah masjid dan juga pihak berkuasa memainkan peranan bersama memandangkan guru semata-mata tidak mampu membentuk sahsiah mulia anak-anak.

Inilah yang kita maksudkan awal tadi. Semua pihak termasuk pimpinan masyarakat, akan bergabung, hidup saling bahu-membahu dalam urusan memperbaiki kualiti moral jenerasi muda kita. Tidak bolah tidak, jangan ada pihak yang lepas tangan.

Sebagai bantuan untuk menaiktaraf kemudahan asas, Adun Seri Seria itu mengumumkan sejumlah RM30,000 daripada peruntukan beliau pada tahun depan untuk projek kecil di sekolah-sekolah Kafa Dun Seri Setia.

Difahamkan beliau dan beberapa pimpinan turut serta dalam Majlis Perjumpaan Bersama Guru-Guru Kafa seluruh Selangor baru-baru ini bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Agama diceramahkan atau didakwahkan?
Semoga, peruntukan ini akan terus berlanjutan, melebar dan meluas ke daerah lain untuk membawa jenerasi muda Selangor khasnya, ke arah peningkatan kualiti hidup yang lebih bermakna. Agama Islam tak boleh cuma diceramahkan, tapi ia harus didakwahkan.

Bererti, peruntukan wang dan tenaga golongan yang sedar, golongan yang ingin pulihkan dan merawat penyakit anak muda hari ini harus terus menumpu ke arah rawatan masalah mereka yang tersendiri melalui khidmat sesi kaunseling yang berterusan.

Ceramah-ceramah dan forum-forum umum tidak mampu melaksanakan tugas seumpama itu. Para petugas pencerahan akliah dan rohani ini perlukan peruntukan latihan untuk tahu mengenalpasti rawatan ke atas ketagihan dadah yang menyerang anak-anak muda ini dan tahu bagaimana cara dan kaedah memujuk mereka ke arah jalan yang betul.

Pada akhirnya, kita memerlukan dakwah peribadi, dakwah fardiyyah yang bersifat lebih personal, memahami masalah orang perseorangan yang wujud dalam kuantiti kecil dalam masyarakat anak muda. Sehingga kini, kita masih berharap ceramah dan forum membawa kesan yang besar. Ini silap. Bebanan ini terpikul di atas dakwah fardiyyah.

Dan hal ini telah dikembangkan oleh Mustafa Masyhur, pimpinan Ikhwan Muslimin pada suatu ketika dahulu. Semoga, ada pula peruntukan lain yang khusus untuk tujuan ini.

12:15 p.m, 25 November
Sekolah Pemikiran Kg Baru _

Monday, November 24, 2008

Organic Soya Drink


Organic Soya Drink

Good health and great taste the Organic Way...



Melilea Organic Soya Drink uses only the best organic soya beans grown exclusively in the fertile black soils of the Heilong Jiang, China.

Product Benefits
Melilea Organic Soya Drink is rich in plant protein, vitamins, minerals and phytonutrients. Due to the unique manufacturing process and the premium quality of the soya beans used, the goodness and nutritional value of the soya beans are retained without any additives or preservatives. Melilea Organic Soya Drink powder yields a smooth and natural taste. Your whole family will definitely love it!
RM15.00

Perakaunan Untuk Semua...


Siliconetic Billing Spider WG3 adalah satu perisian klien yang menyediakan penyelesaian lengkap kepada pengeluaran dan pengurusan dokumen-dokumen perniagaan seperti bil tunai, invois, penyata hantaran, pesanan belian, resit dan lain-lain lagi. Ini juga termasuk pengurusan dokumen-dokumen perniagaan yang dikeluarkan oleh vendor.

Selain menyediakan pengurusan yang cekap. Billing Spider juga mempunyai keupayaan untuk merekodkan entri perakaunan dan juga membuat penyelarasan stok secara automatik bagi setiap dokumen yang dikeluarkan jika perlu. Ini bermakna dengan menggunakan Billing Spider anda tidak lagi perlu merekodkan transaksi ke sistem akaun atau membuat penyelarasan kuantiti stok.

Billing Spider juga dilengkapi dengan penyunting borang untuk mengubahsuai rekabentuk dokumen yang dihasilkan mengikut keinginan dan keperluan bagi memastikan dokumen yang dihasilkan sentiasa kelihatan elegan dan bersesuaian dengan tema korporat syarikat anda.
 

My Blog List

Followers